Twitter
RSS

Pembukaan dan Perasmian Sekolah


Pada tanggal 01 Januari 1989 bersamaan 23 Jamadil Awal 1409, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II mula ditubuhkan sebagai sebuah institusi pendidikan rendah persekutuan. Sebagai permulaan, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II menumpang dua blok bangunan satu tingkat Sekolah Kebangsaan Kuala Besut. Enrolmennya pula terdiri daripada pecahan murid-murid dari tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Besut.
Pada awalnya, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II melestarikan sejumlah 18 aliran, dengan bilangan enrolmen seramai 726 orang murid. Proses pengajaran dan pembelajaran diimplimentasikan dalam dua sesi, iaitu 09 aliran pada sebelah pagi manakala 09 aliran lagi pada sebelah petang. Kedua-dua sesi ini masing-masing melibatkan 361 orang murid pada sebelah pagi dan 365 orang murid pula pada sebelah petang.
En. Abu Bakar bin Awang telah menjawat jawatan Guru Besar yang pertama, dengan dibantu oleh En. Ismail bin Ibrahim yang mengisi jawatan Guru Penolong Kanan. Tenaga pengajar pada ketika ini seramai 29 orang termasuk pihak pentadbir. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II turut diisi oleh seorang guru yang mengajar murid-murid di kelas pemulihan. Seorang kerani telah ditempatkan di sekolah ini untuk menyempurnakan rutin di pejabat.
Entiti Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II sebagai institusi pendidikan yang dinamik semakin terserlah apabila pada 02 Disember 1990, sebuah penempatan baru dibina secara terpisah dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, yang sebelum ini pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II terpaksa berkongsi pejabat, bangunan serta kawasan dengan jiran tradisi itu. Lokasi Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II yang baharu terletak di kawasan yang strategik, di antara dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut.

Comments (1)

AKTA CUTI REHAT KHAS KAKITANGAN AWAM
Posted on November 11, 2013 by sknangaentaihjulau
CUTI



i) Cuti Rehat/Cuti Penggal



Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripda jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.



ii) Cuti Rehat Khas (CRK)

5.1.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender; dan

5.1.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.

5.1.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk.Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.

5.1.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5.1.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C ).



iii) Cuti Sakit

a) Sijil Sakit yang dikeluar oleh doktor swasta melebihi 15 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

b) Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun.

c) Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.



iv) Cuti Keluar Negara



a) Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.



v) Cuti Khas – Isteri bersalin

a) Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan.



vi) Cuti tanpa rekod

a) Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.



vii) Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.

a) Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuit termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertaluk kepada kepentingan perkhidmatan.



viii) Cuti Tanpa Gaji

a) Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

b) Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

c) Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

d) Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

e) Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan handaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.